|
|
 |
Penaja :
Nama : Abu Haris
No. HP : 014-9132029
|
|
|
|
|
|
 |
|
|
|
 |
|
|
|
|

|
|
Tarikh : 28/07/2012
Lokasi : RKi Kota Tinggi
Kategori : Seminar Profesional
|
|
Tarikh : 16/06/2012
Lokasi : MAK, Kluang
Kategori : Seminar Profesional
|
|
Tarikh : 06/05/2012
Lokasi : IPKIM JOHOR
Kategori : Profesional
|
|
Tarikh : 08/12/2011
Lokasi : IPKIM Johor
Kategori : Program Profesional
|
|
Tarikh : 13/11/2011
Lokasi : Kuantan, Pahang
Kategori : Seminar Sehari
|
[Lihat Butiran Lanjut]
|
|
|
Laman Web
Disediakan oleh: |
|
 |
|
|
|
|
|
|
MAKLUMBALAS PESERTA |
|
|
 |
"Saya diajak oleh kawan saya ke
program ini, pada mulanya saya rasakan ini mesti
program ceramah jualan langsung, tapi demi meraikan
kawan saya maka saya pergi juga. Namun setelah
mengikutinya barulah saya tahu bahawa ini merupakan
majlis ilmu, terlalu banyak sebenarnya yang saya
belum tahu berkenaan ilmu kehidupan seharian yang
diperjelaskan dalam program ini, yang menariknya
saya lebih memahami apa yang dikatakan Islam itu
menyeluruh...saya cukup teruja, dalam masa yang
singkat saya mula memahami tanggungjawab saya
sebagai isteri kepada suami, ibu kepada anak-anak
saya dan juga peranan saya pada masyarakat umum"
- Pn Siti Hajar Abu Bakar, Surirumah
|
"Kupasan dan ulasan yang saintifik
kepada masalah seharian, memahami kenapa kita
sentiasa gagal dalam mengejar cita-cita, menyedarkan
saya bahawa kesilapan kita dalam hidup beragama
seharian rupa-rupa menjadi faktor utama kita gagal
dan kecewa, yang lebih menarik lagi Dr. Norhissam
Mustafa juga berjaya memahamkan saya apa yang
dikatakan Ujian itu sebenarnya tanda Allah sayangkan
kita..."
- Pn. Kasumabahri Masjuriah, Usahawan
|
"Saya disahkan oleh Doktor
Perubatan mengidap penyakit Hepatatis C, sehinggakan
saya begitu tertekan dan kebingungan, satu hari saya
diajak oleh rakan saya untuk mengikuti program
Motivasi Gaya Hidup Sihat (pada masa itu dikenali
sebagai Program Pembangunan Diri K-SE), disinilah
bermula kehidupan baru bagi saya, daripada kuliah
ringkas yang disampaikan oleh Dr. Norhissam Mustafa
selama 3 jam telah berjaya meyakinkan saya bahawa
ujian itu sungguh indah dan manis, berkat dorongan
dan panduan daripada belian saya secara istiqamah
berusaha mencari rawatan dan akhirnya kini saya
alhamdulillah normal seperti orang biasa,
sehinggakan ramai saudara-mara dan kawan-kawan saya
bertanya bagaimana boleh sihat, saya katakan
hadirlah ke program Motivasi Gaya Hidup Sihat
Insaniah, insyallah anda akan dapat jawapannya..."
- Hassan bin Hamzah, Kakitangan Kerajaan
|
"Seminar Gaya Hidup Sihat sangat baik dan sesuai
dalam mendidik masyarakat tentang kepentingan
mengamalkan cara hidup yang baik. Disaat masyarakat
yang telah kehilangan panduan dan pedoman, Seminar
Gaya Hidup Sihat Insaniah adalah salah satu cara
untuk membantu masyarakat dalam usaha menangani
masalah semasa. Saya mencadangkan disampaikan kepada
semua lapisan masyarakat... "
- Juliana binti Jumaat, Kaunselor Sek Men. Sains
Kluang, Johor
|
"Satu Program yang memberikan kesedaran tentang
pentingnya kembali kepada amalan Quran & Sunnah
secara istiqamah dengan memahami hikmah
disebaliknya, sepatutnya pendedahan ini disampaikan
kepada segenap masyarakat yang ketandusan ilmu
kehidupan"
-
Hilyati binti Asrak, Guru
|
“Dulu sebelum datang seminar Gaya Hidup Sihat
Insaniah, rasa apa-apa yang kita buat/pakai/makan
dah betul sangat dah…tapi apabila dah dengar
penjelasan dalam seminar barulah tahu/faham selama
ini apa yang saya lakukan itu rupa-rupa kurang
sempurna malah sebahagiannya silap, memang patutlah
kita tak sihat dan bermasalah… sebaiknya semua orang
perlu hadir seminar ini, saya harap pihak IP-KI
teruskan usaha ini ke seluruh pelusuk Malaysia. Saya
amat bersyukur kerana Allah telah memberi peluang
saya menghadir program ini, sungguh berguna dalam
menilai semula gaya hidup seharian saya dan seisi
keluarga..sekarang ni bila sakit atau ada masalah
saya boleh berlapang dada kerana sedikit diberikan
kefahaman… “
–
Mariati binti Kasmuni, Ibu Tunggal
|
“Saya diperkenalkan program Gaya Hidup Sihat
Insaniah ini oleh adik saya yang belajar di Maahad
Johor melalui program yang dianjurkan oleh pihak
sekolahnya, saya adalah seorang yang telah mengalami
penyakit yang agak pelik,dimana saya sering sakit
sendi, lenguh, sebelah badan sentiasa kebas dan
sakit kepala yang teruk serta berpanjangan sehingga
sampai satu tahap saya tidak dapat memegang barang
dengan baik, masalah ini sudah lama saya hadapi
namun sejak akhir-akhir ini ianya semakin teruk dan
mengganggu urusan harian saya, pelbagai cara dan
kaedah telah digunakan di mana saya telah merujuk
kepada sebuah Pusat Perubatan Pakar, melalui ujian
yang dibuat pihak pakar tidak dapat
mengjustifikasikan penyakit saya,sehinggakan saya
terpaksa menjalani pelbagai jenis ujian
antaranya ujian MRI (brain and cervical), ujian NCS,
ujian darah dan pelbagai ujian klinikal, namun
penyakit saya belum dapat dikenalpasti sehinggakan
saya merasa begitu tertekan dan hampir berputus asa,
malah lagi terkilan saya bilamana pihak pakar
mengesahkan masalah saya adalah strok yang sangat
jarang berlaku dan mencadangkan saya untuk
ujian-ujian yang lebih khusus lagi. Atas dorongan
dan nasihat keluarga, saya pula mencuba untuk
merawat secara tradisional, setelah berulang-ulang
kali keadaan saya masih sama seperti dulu, malah
saya semakin keliru sehinggakan ada yang mengatakan
saya ada masalah gangguan makhluk halus…akhirnya
dengan takdir Allah SWT, saya dipertemukan dengan
program Gaya Hidup Sihat Insaniah ini…Saya diberi
penerangan dan pendedahan berkaitan dengan
kehidupan, Gaya Hidup yang betul, kemudian saya
mengikuti seminarnya, balik dan praktikkan dalam
kehidupan harian…Alhamdulillah dalam tempoh sebulan
sahaja penyakit saya telah pulih sepenuhnya sehingga
ke hari ini. Kini kami sekeluarga telah
mempratikkannya…sungguh mudah ianya bukanlah satu
perkara yang baru tapi ianya suatu perkara yang
telah lama kita tinggalkan. Gaya Hidup Insaniah
adalah Gaya Hidup Fitrah yang memahamkan kita apa
yang terkandung dalam ajaran Islam sebagai “Deen”
atau cara hidup yang sempurna”
– Ummi Habibah, Pegawai Psikologi Politeknik
|
|
 |
|
|
|