|
Firman Allah SWT yang bermaksud : " Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu model ikutan yang baik, iaitu bagi
orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah SWT". (Al-Ahzab:21)
Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang akhirat itu tujuannya, maka Allah jadikan kekayaanya dalam jiwanya.
Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepada dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya,
Allah cerai-beraikan urusannya dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan hina).”(Riwayat Al-Tirmizi)
Senario semasa sana-sini..

"Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil
kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar
nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!.
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi
tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM."
|

"Mutakhir ini kita sering dikejutkan dengan berita serangan penyakit kronik yang membimbangkan tanpa mengira faktor usia,
contoh bagi kes strok tanpa simpton, ianya bukan lagi menjadi ancaman kepada golongan lewat usia yang melebihi 50 tahun malah juga bagi mereka yang berusia antara 35-50 tahun.
BERITA eksklusif muka depan Berita Harian 26 September 2011 memaparkan dengan jelas angka kematian sebesar 11,812 orang sepanjang 2010 atau puratanya 32 orang mati setiap
hari akibat penyakit jantung dan strok. Malah banyak lagi statistik yang membimbangkan kita terutamanya bagi Diabetis, Kanser, Buah Pinggang dan sebagainya."
|

"30 peratus daripada rakyat Malaysia gemuk atau mempunyai berat badan berlebihan, manakala 30 peratus lagi mewakili obesiti.
Ini bermakna, 60 peratus rakyat negara Malaysia mempunyai masalah berat badan." Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan, Malaysia. |

"Kira-kira 1.2 juta penduduk Malaysia masih hidup di bawah garis kemiskinan kebangsaan sungguhpun negara mencatatkan kemajuan
memberangsangkan dalam mengurangkan kemiskinan mutlak." Penyelaras Tetap Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Dr Richard Leete |
Assalamualaikum w.b.t Wahai Sahabat Sekalian...
Segala puji-pujian bagi Allah SWT, tuhan sekalian alam, yang menguasai seluruh kehidupan terdahulu, semasa dan terkemudian,
Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabatnya.
Melihat kepada kenyataan dan statistik di atas akan menyebabkan kita terfikir apakah sebenarnya yang berlaku pada hari ini. Pelbagai ujian dan
cabaran terkini yang semakin menghimpit kehidupan kita pada masa ini dan tidak juga dinafikan pelbagai usaha telah dilakukan oleh semua peringkat samada individu mahupun
pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah-masalah ini. Namun begitu semakin hari semakin meruncing dan parah keadaannya...
Dimanakah
punca dan apakah masalah yang sebenarnya???
Jawapannya, berdasarkan
kepada kajian lapangan yang di jalankan oleh Para Penyelidik di Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia (IPKIM) terhadap 4382 orang respondan awam yang bermula dari Disember 2006 hingga Disember 2010 adalah berpunca daripada gaya hidup yang silap...
(2011)
Maka memenuhi tanggungjawab dan peranan untuk bersama-sama membantu ke arah keseimbangan kehidupan UMMAH, IPKIM telah mengambil inisiatif awam untuk turut mengembeling tenaga
dalam usaha bersama untuk meningkatkan kualiti kehidupan melalui pembangunan Model Gaya Hidup Sihat Insaniah(GHS-i). Menyedari hakikat bahawa ini adalah bukannya satu-satu jalan yang ada untuk
mengubah gaya hidup UMMAH, namun sekurang-kurang kami cuba berusaha untuk menyumbang kepada pembangunan UMMAH, kami menyeru kepada semua lapisan masyarakat awam untuk melihat, menilai dan memahaminya,
jika ianya bersesuaian dengan situasi dan kemampuan anda, kami menjemput anda untuk bersama-sama program ini...Insyallah mudah-mudahan usaha yang sedikit ini menjadi asbab kebaikan kita semua dan UMMAH, Amin...Ya Rabbal Alamin
Norhissam Mustafa Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia(IPKIM)

Anda Mencari Jalan Keluarnya... Terokai Keunikan Aplikasi Pengurusan Kesihatan Islam Melalui Perubatan Komplimentari Islam Semulajadi berdasarkan Konsep dan Aplikasi Rawatan Komplimentari Insaniah (RK-i)...
"Saya diajak oleh kawan saya ke
program ini, pada mulanya saya rasakan ini mesti
program ceramah jualan langsung, tapi demi meraikan
kawan saya maka saya pergi juga. Namun setelah
mengikutinya barulah saya tahu bahawa ini merupakan
majlis ilmu, terlalu banyak sebenarnya yang saya
belum tahu berkenaan ilmu kehidupan seharian yang
diperjelaskan dalam program ini, yang menariknya
saya lebih memahami apa yang dikatakan Islam itu
menyeluruh...saya cukup teruja, dalam masa yang
singkat saya mula memahami tanggungjawab saya
sebagai isteri kepada suami, ibu kepada anak-anak
saya dan juga peranan saya pada masyarakat umum"
- Pn Siti Hajar Abu Bakar, Surirumah
|