|
Manusia yang sihat dapat menjalani
kehidupan ini dengan menilai dan
menggunakan setiap inci kejadian alam
semulajadi yang di cipta dengan
kesempurnaan penciptaan oleh
Allah, s.w.t. Namun begitu
manusia yang sebaik-baik ciptaan ini,
akan diuji sebagai satu proses distilasi
berperingkat untuk menilai ketulenan
keimanan yang telah diakui suatu ketika
dahulu.
Kehidupan ini adalah ujian, setiap masa
dan ketika kita akan berhadapan
dengannya, namun begitu ada yang berjaya
dan ada yang gagal menguruskan ujian
itu, yang berjaya dapat mengecapi nikmat
dan yang gagal merasakan kekecewaan.
Pusingan ini
akan silih berganti dalam
perjalanan kehidupan selagi kita masih
berada di dunia nyata ini.
Ramai orang berkata disebalik ujian itu
ada hikmahnya, tetapi disaat-saat
kekecewaan melanda diri, biasanya kita
akan hilang arah, hilang pedoman,
kata-kata nasihat dan dorongan tidak
lagi bermakna bagi kita. Malah
kadang-kadang kita merasakan diri ini
amat malang sekali... Ya itulah kita
yang bernama manusia.
Sebenarnya hikmah disebalik
kegagalan/kekecewaan bukanlah boleh
dilihat dengan mata kasar kita, namum
yang hanya dapat melihatnya ialah
JIWA... Ya, sememang orang yang jiwanya
hidup dan murni akan melihat pasangan
kejayaan disebalik kegagalan. Jika kita
memahaminya disaat-saat kegagalam
menimpa kita, sebenarnya kejayaan adalah
terlalu hampir pada masa itu, hanya
disebelahnya sahaja, tapi malang sekali
JIWA kita buta malah mati, tidak mampu
kita melihatnya, lebih lagi menerobos
sempadan kejayaaan sehinggakan ianya
milik kita.
Hakikatnya Hidup ini adalah Ujian. Ujian
adalah tandanya kita masih beriman pada
Allah swt.

|